Kes terus meningkat

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah 2.54 juta setakat awal pagi Rabu manakala kematian merekodkan 175,000 kes setakat pukul 5 pagi.

Data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan lebih 80,000 kes jangkitan baharu dan lebih 6,000 kematian dalam tempoh 24 jam.

Sepanyol kini menyertai Amerika Syarikat (AS) untuk berada dalam kelompok negara mempunyai kes positif Covid-19 melepasi angka 200,000.

AS kekal negara paling teruk terjejas dengan mencatatkan lebih 814,000 kes iaitu pertambahan lebih 36,000 kes baharu.

Begitu juga dengan kematian, AS kekal mempunyai angka korban tertinggi dengan mencecah 40,000 iaitu mencatatkan 43,796 kes keseluruhan. AS merekodkan pertambahan 2,221 kematian dalam tempoh 24 jam.

Sepanyol pula negara kedua paling teruk dengan jumlah jangkitan 204,000 kes, peningkatan melebihi 4,000 kes baharu. Bagaimanapun Sepanyol menjadi negara ketiga di belakang Itali merekodkan kematian tertinggi iaitu 21,000 kes.

Sementara itu, Itali mencatatkan 183,000 kes dengan kematian  mencatatkan pertambahan 534 kes menjadikan jumlah keseluruhan lebih 24,600.

Perancis merekodkan 156,000 kes secara keseluruhan manakala kes kematian  melepasi angka 20,000 semalam merekodkan pertambahan 531 kes menjadikan kematian keseluruhan 20,700.

Manakala Jerman dan United Kingdom menjadi dua negara yang mencatatkan angka positif melebihi 100,000 apabila masing-masing mempunyai 148,000 dan 130,000 kes baharu.

Bagaimanapun United Kingdom mencatatkan pertambahan 868 korban baharu dan secara keseluruhan 17,300 kes manakala Jerman jumlah keseluruhan kematian adalah 5,033 kes.

Sementara itu jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh daripada virus itu kini melebihi 678,000 di seluruh dunia.

(CARTA sehingga 8 pagi)

Related posts

Leave a Comment