1,122 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila 1,122 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam dengan enam kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 10,484 manakala kematian 103 kes. Enam kematian melibatkan bukan penduduk tempatan termasuk lima yang tinggal di Makkah dan seorang di Jeddah. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali seperti dilaporkan Agensi Berita Saudi (SPA) memberitahu, mereka yang meninggal dunia berusia 23 hingga 70 tahun dan kebanyakannya mempunyai sejarah penyakit kritikal. Kota suci Makkah antara lokasi yang merekodkan angka tertinggi iaitu 402 kes diikuti Riyadh 200, Jeddah…

Read More

185 kes baharu di Indonesia

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di INDONESIA meningkat kepada 590 kes, dengan lapan lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata kes positif juga terus meningkat kepada 6,760 kes apabila 185 kes baharu dilaporkan. Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 287 kes, diikuti Jawa Barat (62 kes), Jawa Timur (56) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. THAILAND pula melaporkan 27 kes baharu dan tiada kematian baharu untuk hari ketiga berturut-turut, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 2,792 dengan jumlah kematian kekal 47 orang. Ini…

Read More

36 kes baharu, tanpa kematian

SATU perkembangan yang baik tetapi belum boleh selesa kerana kes baharu dijangka muncul dua minggu lagi. Sehingga tengah hari ini, sebanyak 36 kes baharu dilaporkan, yang terendah setajat ini. Jumlah kes keseluruhan kini 5,424 kes sementara jumlah kematian kekal 98 apabila tiada kematian baharu dilaporkan hari ini. Sementara itu 98 kes telah pulih menjadikan 3,295 pesakit telah pulih dan discaj.

Read More

Status palsu, denda RM5,000

JANGAN main-main sebar berita palsu. Hari ini, akibat memuat naik status palsu di aplikasi WhatsAppnya, seorang penghantar makanan didenda RM5,000. Melalui WhatsApp itu, Azwan Mohd Salleh, 23, menyatakan pekerja di sebuah kedai serbaneka positif Covid-19. Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang mengaku salah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 12 bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu. Tertuduh didakwa menaikkan status dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua…

Read More

Apabila gajah ‘menganggur’

KETIKA dunia sedang dilanda wabak Covid-19, bukan hanya manusia memerlukan bantuan makanan tetapi juga haiwan. Bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap, atau hilang pekerjaan disebabkan perintah berkurung atau pergerakan terhad, bantuan makanan amat dinantikan. Begitu juga haiwan peliharaan yang terkurung yang sebelum ini digunakan untuk ‘bekerja’ mencari pendapatan. Di kem gajah di Thailand, bukan setakat manusia yang hilang pekerjaan dan pendapatan tetapi gajah-gajah juga tidak mampu menjana pendapatan. Manusia dan gajah tiba-tiba menjadi penganggur akibat penularan wabak Covid-19. Kem gajah terpaksa ditutup kerana ketiadaan pengunjung atau pelancong. Secara tidak langsung…

Read More

Zakat melalui talian di Perlis

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperkenalkan kemudahan pembayaran melalui dalam talian bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menerusi kaedah itu penyumbang boleh menunaikan bayaran zakat fitrah dan zakat harta lain seperti pendapatan, simpanan dan emas menggunakan Aplikasi SnapNPay dengan hanya mengimbas pada kod QR selain boleh melaksanakannya melalui butang pilihan tanpa perlu mengimbas pada kod berkenaan. “Sementara untuk zakat fitrah, ia juga boleh ditunaikan dengan mengimbas melalui pengimbas kod QR di telefon bimbit masing-masing,” titah Yang Dipertua MAIPs itu…

Read More

Kes dan kematian meningkat

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia hampir mencecah 2.4 juta selepas pertambahan lebih 80,000 kes dalam tempoh 24 jam manakala kematian pula meningkat lebih 7,000 kes menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 164,000. Data Johns Hopkins University, menunjukkan setakat ini, enam negara telah merekodkan lebih 100,000 kes positif sementara tiga negara pula merekodkan kematian lebih 20,000 dan dua lagi melebihi 10,000 kematian. Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara yang paling teruk terjejas dengan lebih 755,000 kes positif dan kematian melebihi 40,000. Sepanyol merekodkan 196,000 kes dan 20,000 kematian, Itali 178,000 kes dan…

Read More