Kes dan kematian meningkat

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia hampir mencecah 2.4 juta selepas pertambahan lebih 80,000 kes dalam tempoh 24 jam manakala kematian pula meningkat lebih 7,000 kes menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 164,000.

Data Johns Hopkins University, menunjukkan setakat ini, enam negara telah merekodkan lebih 100,000 kes positif sementara tiga negara pula merekodkan kematian lebih 20,000 dan dua lagi melebihi 10,000 kematian.

Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara yang paling teruk terjejas dengan lebih 755,000 kes positif dan kematian melebihi 40,000.

Sepanyol merekodkan 196,000 kes dan 20,000 kematian, Itali 178,000 kes dan 23,000 kematian, Perancis melepasi 154,000 kes dan 19,000 kematian, United Kingdom 121,000 kes dan 16,000 kematian, Jerman 145,000 kes dan 4,586 kematian

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang telah sembuh, setakat ini, melepasi 611,000. Wabak ini telah menular di 185 negara.

Related posts

Leave a Comment