Makkah catat 251 kes baharu

MAKKAH mencatatkan 251 kes daripada 1,088 kes baharu yang dilaporkan di Arab Saudi dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammed al-Abd al-Ali said berkata, setakat ini Arab Saudi merekodkan 9,362 kes. Dalam tempoh yang sama, lima kematian melibatkan bukan warganegara itu dilaporkan di mana empat di Makkah dan satu di Jeddah. Kes kematian kini 97. Mereka yang meninggal dunia berumur antara 37 hingga 64 tahun dan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik. Selain Makkah, kes baharu juga berlaku di Jeddah iaitu 210 kes, diikuti 194 Dammam, 177 Madinah dan 123…

Read More

Peningkatan kes positif di negara tetangga ASEAN

SEBANYAK 47 lagi kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam di INDONESIA, menjadikan angka kematian kini berjumlah 582 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kes positif juga terus meningkat kepada 6,575 kes. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam (18 April) sehingga 12 tengah hari ini, berlaku 47 lagi kematian dan tambahan kes positif baharu sebanyak 327 kes,” katanya. Sebanyak 34 daripada 47 kematian dalam tempoh 24 jam itu berlaku di Provinsi Jakarta. Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi iaitu 287 kes, diikuti Jawa Barat (59 kes),…

Read More

95 pulih, 84 kes baharu

PUTRAJAYA : Jumlah pesakit  yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad hari ini, (Ahad 19 April) adalah 95 orang, berbanding 84 kes baharu yang dicatakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, jumlah kes positif Covid-19 sehingga 12 tengah hari ini adalah sebanyak 5,389 manakala kes yang pulih sepenuhnya dan discaj dari wad adalah 3,197 iaitu sebanyak 59.32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Bercakap pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini, hari ini, beliau memberitahu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,103 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.…

Read More

Perlu patuh SOP

PUTRAJAYA: Walaupun diberi lesen kerja di kawasan, wakil rakyat juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika menjalankan tugas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. Katanya, wakil rakyat tidak boleh mengadakan perjumpaan atau program serta jamuan melibatkan kelompok yang ramai.  “Wakil rakyat, tugas mereka adalah menjaga kepentingan rakyat di kawasan masing-masing, mereka dibenarkan (bertugas) tetapi masih tertakluk kepada SOP, tidak boleh mengadakan perjumpaan, program penyerahan bantuan dan jamuan besar-besaran. “Untuk keluar pun tidak perlu rombongan kereta yang banyak,…

Read More

PKP : Exco mohon maaf

ISU selesai. Exco Perak, Razman Zakaria yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil itu berkata, apa yang telah berlaku merupakan kekhilafannya.MBeliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak dinafikan, pemimpin termasuk timbalan menteri dan exco mempunyai ‘lesen besar’ untuk bergerak ke sana sini ke sana ke sini. Tujuannya jenguk rakyat dan bantu rakyat. Tetapi sebagai pemimpin apabila berada di khalayak kenalah jaga SOP. Bukan apa, sebagai pemimpin, segala tingkah laku akan menjadi perhatian dan tumpuan umum. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang apabila semua…

Read More

Gantung operasi hingga 4 Mei

MULAI pukul 11 pagi ini 19 April 2020, semua restoran makanan segera McDonald’s di Singapura akan menggantung semua operasi, termasuk khidmat penghantaran McDelivery dan khidmat Drive-Thru atau pandu lalu. Pesanan McDelivery sehingga 10.30 pagi manakala khidmat Drive-Thru dihentikan pada pukul 8 pagi. Tempoh penggantungan ini adalah sehingga hari terakhir tempoh pemutus litar di Singapura, iaitu 4 Mei 2020. McDonald’s dalam kenyataannya berkata, operasi itu digantung setelah  dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mengambil langkah pencegahan itu dalam usaha membendung Covid-19 di Singapura. Pengarah urusan McDonald’s Singapura Kenneth Chan berkata syarikat…

Read More

Dunia catat 2.3 juta kes

JUMLAH koronavirus di seluruh dunia melepasi angka 2.3 juta pagi ini manakala kematian pula mencecah 159,510 kes dan sembuh 592,319, demikian menurut data yang dicatatkan oleh Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS). Sejumlah 2,300,874 kes positif direkodkan di seluruh dunia dengan AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 726,645 kes dan 38,664 kematian. Itali pula mencatatkan angka kematian kedua tertinggi dengan 23,227, manakala Sepanyol dengan kes kedua tertinggi sebanyak 191,726. China melaporkan sejumlah 4,636 kematian dan lebih 83,787 kes positif. Sementara itu, Sepanyol melanjutkan perintah kawalan pergerakan di negara itu…

Read More