Dunia catat 2.3 juta kes

JUMLAH koronavirus di seluruh dunia melepasi angka 2.3 juta pagi ini manakala kematian pula mencecah 159,510 kes dan sembuh 592,319, demikian menurut data yang dicatatkan oleh Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS).

Sejumlah 2,300,874 kes positif direkodkan di seluruh dunia dengan AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 726,645 kes dan 38,664 kematian.

Itali pula mencatatkan angka kematian kedua tertinggi dengan 23,227, manakala Sepanyol dengan kes kedua tertinggi sebanyak 191,726. China melaporkan sejumlah 4,636 kematian dan lebih 83,787 kes positif.

Sementara itu, Sepanyol melanjutkan perintah kawalan pergerakan di negara itu kepada 15 hari lagi ekoran keadaan semasa pandemik Covid-19 yang belum reda.

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez mengumumkan perintah yang sepatutnya berakhir pada 26 April kini dilanjutkan hingga 9 Mei yang menjadikan perintah darurat di Sepanyol berlangsung selama lapan minggu.

.

“Hari ini, adalah mustahil untuk melonggarkan langkah kawalan ini dan masuk ke fasa kedua pelonggaran,” kata Sanchez dalam satu sidang media.

Perintah kawalan pergerakan diperkenal di Sepanyol pada 14 Mac.

(Carta kes petikan CNA)

Related posts

Leave a Comment