95 pulih, 84 kes baharu

PUTRAJAYA : Jumlah pesakit  yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad hari ini, (Ahad 19 April) adalah 95 orang, berbanding 84 kes baharu yang dicatakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, jumlah kes positif Covid-19 sehingga 12 tengah hari ini adalah sebanyak 5,389 manakala kes yang pulih sepenuhnya dan discaj dari wad adalah 3,197 iaitu sebanyak 59.32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Bercakap pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini, hari ini, beliau memberitahu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,103 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 46 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai satu kes kematian, beliau memberitahu, mangsa berusia 51 tahun merupakan warganegara Malaysia dan disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis, penyakit jantung dan buah pinggang serta mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-2,726.

Mangsa telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pada 13 April dan disahkan meninggal dunia pada 18 April 2020 pukul 6.49 petang.

Related posts

Leave a Comment