MAKKAH mencatatkan 251 kes daripada 1,088 kes baharu yang dilaporkan di Arab Saudi dalam tempoh 24 jam.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammed al-Abd al-Ali said berkata, setakat ini Arab Saudi merekodkan 9,362 kes.
Dalam tempoh yang sama, lima kematian melibatkan bukan warganegara itu dilaporkan di mana empat di Makkah dan satu di Jeddah. Kes kematian kini 97.
Mereka yang meninggal dunia berumur antara 37 hingga 64 tahun dan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik.
Selain Makkah, kes baharu juga berlaku di Jeddah iaitu 210 kes, diikuti 194 Dammam, 177 Madinah dan 123 di Hufof. Setakat ini, sebanyak 1,398 kes pulih.
Sebanyak 17 peratus kes baharu itu melibatkan warga Arab Saudi manakala yang lain bukan warganegara.
Arab Saudi setakat ini telah melakukan 180,000 ujian dan ini mempengaruhi jumlah kes yang dikesan.