PKP : Exco mohon maaf

ISU selesai. Exco Perak, Razman Zakaria yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil itu berkata, apa yang telah berlaku merupakan kekhilafannya.MBeliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tidak dinafikan, pemimpin termasuk timbalan menteri dan exco mempunyai ‘lesen besar’ untuk bergerak ke sana sini ke sana ke sini. Tujuannya jenguk rakyat dan bantu rakyat.

Tetapi sebagai pemimpin apabila berada di khalayak kenalah jaga SOP. Bukan apa, sebagai pemimpin, segala tingkah laku akan menjadi perhatian dan tumpuan umum. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang apabila semua orang duduk di rumah.

Walaupun ramai tidak melihat di luar tetapi angkara media sosial akhirnya mampu memerangkap diri sendiri. Justeru buat sementara ini tidak perlu melapor sesuatu seperti perjumpaan ramai yang pada pandangan kita tidak ada apa yang silap tetapi pandangan awam lain.

Apa yang penting rakyat dapat hormat peraturan dan pemimpin tunjuk contoh teladan yang tidak dipertikaikan.

MOHON MAAF SECARA TERBUKA DARI SAYA KEPADA SELURUH RAKYAT.

Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku. Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu fronliners, Alhamdulillah dapat membantu serta merta sebarang kekurangan peralatan yang dihadapi frontlines terutama kepada petugas kesihatan.

Setiap malam petugas kami menghantar makanan bermasak kepada petugas sekatan jalanraya disekitar Bagan Serai khususnya. Sebagai contoh jika kita tidak turun padang mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalanraya amat mendesak.

Dalam setiap tindakan, kami amat titik beratkan perihal SOP dan sekiranya ada tindakan kami yang dilihat melanggar SOP InshaAllah kami akan atasi.

Marilah bersama kita terus berdoa moga ujian Covid-19 ini dapat meningkatkan iman dan bertambah sayang kita rakyat Malaysia dengan kerajaan Perikatan Nasional ini.

Sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih rakyat Malaysia, saya sayang anda semua.

Ikhlas dari

YB Haji Razman Zakaria

Related posts

Leave a Comment