Kluster baharu di Sendayan

PUTRAJAYA :  Satu kluster baharu di Sendayan, Negeri Sembilan dikesan melibatkan sebuah maahad tahfiz, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sehingga kini 39 kes positif Covid-19 dikesan di Sendayan melibatkan 13 orang pelajar tahfiz, sekumpulan 15 individu dan 11 orang daripada sebuah keluarga. 

“.Tindakan bersepadu telah dan sedang dilaksanakan pihak kami di lapangan bagi membendung penularan Covid-19 di Sendayan,” katanya dalam taklimat harian mengenai perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

 Setakat ini 28 kluster penularan virus itu dikesan di negara ini dengan kluster perhimpunan di Sri Petaling adalah yang terbesar.

Ditanya sekiranya ada kemungkinan kes-kes baharu dikesan Masjid India dan kawasan sekitar Kuala Lumpur, beliau berkata setakat ini  573 sampel telah diambil dan pihaknya sedang menantikan keputusan ujian.

“Di Masjid India setakat ini kita tidak ada kes positif atau kes baharu yang dikesan, tapi kita telah mulakan tindakan keatas kes aktif yang dikesan di kawasan itu, malah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketakan (PKPD) telah dilaksanakan, jadi ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum kita boleh dapatkan keputusan ujian,” jelasnya.

Related posts

Leave a Comment