Indonesia catat 60 kematian

INDONESIA mencatatkan 60 lagi kematian dalam tempoh 24 jam akibat Covid-19, jumlah tertinggi setakat ini sejak kematian pertama 11 Mac lepas. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 459 kes. Sebanyak 37 daripada 60 kematian dalam tempoh 24 jam itu berlaku di Jakarta. Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 241 kes, diikuti Jawa Barat (52 kes), Jawa Timur (41) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 282 kes…

Read More

Kluster baharu di Sendayan

PUTRAJAYA :  Satu kluster baharu di Sendayan, Negeri Sembilan dikesan melibatkan sebuah maahad tahfiz, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sehingga kini 39 kes positif Covid-19 dikesan di Sendayan melibatkan 13 orang pelajar tahfiz, sekumpulan 15 individu dan 11 orang daripada sebuah keluarga.  “.Tindakan bersepadu telah dan sedang dilaksanakan pihak kami di lapangan bagi membendung penularan Covid-19 di Sendayan,” katanya dalam taklimat harian mengenai perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.  Setakat ini 28 kluster penularan virus itu dikesan di negara ini dengan kluster perhimpunan di Sri Petaling adalah yang…

Read More

Kes positif Covid-19 kini 4,987

PUTRAJAYA : Lima lagi kes kematian melibatkan Covid-19 dengan 170 kes baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, 14 April 2020. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 82 atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama, 202 kes positif Covid-19 telah pulih dan telah dibenarkan keluar hospital. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 2,478 kes (49.7 peratus, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes). Hari ini juga, bilangan kes yang didiscaj adalah melebihi…

Read More

Waktu PKP, santuni golongan ‘makan’ jika ada kerja

  APA khabar Pak Leman (bukan nama sebenar) yang saban malam dipimpin isterinya yang celik ‘merayap’ ke sana ke sini  ke sana ke sini ‘menjual’ tisu? Apa khabar Mak cik Tipah (bukan nama sebenar) yang setiap malam ke pasar malam di sana di sini menyanyi diiringi muzik mengharapkan sumbangan belas ihsan pengunjung? Itu cara mereka (OKU – orang kurang upaya) dan rakan-rakan senasib mencari rezeki. Bukan meminta-minta tetapi mohon simpati. Sekarang, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka terpaksa duduk di rumah. Rezeki entah bagaimana. Tidak boleh keluar cari duit. Tidak…

Read More

Ingkar PKP Fasa 3 terus reman

MASIH ramai yang degil. Semalam 1,374 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000; 418 individu direman dan 25 individu telah dijamin polis.Sebanyak 427 individu telah dituduh di mahkamah di atas kesalahan mengingkari PKP. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP, sehingga 13 April 2020, adalah  9,990 individu dan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sebanyak 4,036. Mulai esok, Fasa Tiga PKP, polis tida lagi menjadikan denda kompaun RM1,000 sebagai pilihan utama untuk individu yang sengaja mengingkari PKP. Mereka yang ditahan, akan direman dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah.…

Read More

Kes melonjak di Seremban

PAGI ini grup WhatsApp mengirim maklumat daripada seorang doktor. Beliau memaklumkan mengenai Seremban dah jadi zon merah. Begini tulisannya “SAYA perasan ramai yang duk cerita banyak kereta mula membanjiri Bandar Seremban sejak awal pagi tadi. Hingga ada yang beritahu PKP seolah-olah dah makin longgar. Mulalah seharian hati ni rasa tak sedap. Serba serbi tak kena. Tup-tup sekejap tadi dapat berita 41 kes baru positif dikesan kat Seremban ni! Bukan 4 kes. 41 woih! Lemah seluruh sendi badan lalu tersandar ke kerusi masa mula mula tahu berita ni tadi. Satu demi…

Read More

Kes 1.9 juta, korban 119,588

KES positif Covid-19 kini mencecah 1.9 juta di seluruh dunia iaitu pertambahan lebih 70,000 kes dalam tempoh 24 jam manakala kematian meningkat kepada 119,588, peningkatan lebih 5,000 kes dalam tempoh yang sama. Data ini merujuk laporan oleh Johns Hopkins University bagi tempoh sehingga 8 pagi ini waktu tempatan. Ketika ini terdapat lima negara yang mempunyai kes positif Covid-19 melebihi angka 100,000 di mana Amerika Syarikat (AS) menjadi negara paling teruk terjejas dengan merekodkan 572,587 kes , pertambahan lebih 20,000 kes sejak 24 jam lalu. Ini diikuti Sepanyol dan Itali apabila…

Read More

Hati-hati longgar kawalan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran supaya dunia lebih berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan ketika membuat keputusan untuk melonggarkan kawalan pergerakan. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, walaupun ada negara yang mencatatkan peningkatan kes sembuh tetapi hakikatnya penurunan kes yang sembuh lebih perlahan berbanding peningkatan jangkitan. Katanya, berdasarkan kes yang berlaku, Covid-19 meningkat dengan amat pantas, (namun) ia menurun dengan perlahan. “Dalam erti kata lain, angka turun adalah lebih rendah daripada angka naik,” kata Tedros dalam taklimat media berkaitan Covid-19 di sini pada Isnin (awal pagi Selasa waktu…

Read More