Kes 1.9 juta, korban 119,588

KES positif Covid-19 kini mencecah 1.9 juta di seluruh dunia iaitu pertambahan lebih 70,000 kes dalam tempoh 24 jam manakala kematian meningkat kepada 119,588, peningkatan lebih 5,000 kes dalam tempoh yang sama.

Data ini merujuk laporan oleh Johns Hopkins University bagi tempoh sehingga 8 pagi ini waktu tempatan.

Ketika ini terdapat lima negara yang mempunyai kes positif Covid-19 melebihi angka 100,000 di mana Amerika Syarikat (AS) menjadi negara paling teruk terjejas dengan merekodkan 572,587 kes , pertambahan lebih 20,000 kes sejak 24 jam lalu.

Ini diikuti Sepanyol dan Itali apabila masing-masing mencatatkan 169,628 dan 159,516 kes secara keseluruhan. Kedua-dua negara kini mencatatkan peningkatan jumlah kes positif yang lebih rendah sejak beberapa hari lalu.

Manakala Perancis dan Jerman masing-masing mencatatkan angka jangkitan kes positif sebanyak 137,875 dan 128,208 kes sementara United Kingdom melepasi China untuk berada di kedudukan keenam dengan hampir 90,000 kes positif.

China pula mencatatkan pertambahan 120 kes untuk berada di kedudukan ketujuh dengan 83,213 kes.

Berkaitan kes kematian, dua negara kini mempunyai kes melebihi 20,000 manakala tiga lagi melebihi 10,000 kes.

AS menjadi negara paling tinggi angka korban melepasi Itali apabila menjadi satu-satunya negara yang mempunyai angka kematian sebanyak 23,078 manakal Itali dengan kematian 20,465 kes,  penurunan kematian sejak beberapa hari lalu.

Sepanyol juga mencatatkan penurunan hari ke hari dalam kes korban iaitu 17,628 kes sementaraPerancis dan United Kingdom masing-masing mencatatkan 14,967 dan 11,329 mangsa maut.

Related posts

Leave a Comment