Tidak perang sendirian

SETIAP negara yang berdepan dengan wabak Covid-19 sedang melawan musuh yang sama dan harus bekerja rapat antara satu sama lain, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. “Singapura akan menjalankan peranannya, tetapi ia bukan perang yang kami hadapi sendirian. Covid-19 adalah krisis yang memerlukan semua negara untuk memeranginya bersama-sama,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu mesej video bagi mesyuarat alam maya kedua untuk menteri kesihatan di rantau ini yang diadakan oleh pejabat rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Mesyuarat itu bertemakan “Berdiri Bersama dalam Perpaduan untuk Melawan Covid-19”. Dalam…

Read More

“Liverpool tetap juara“

TWEET penyokong Liverpool paling popular di negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menarik perhatian ramai khususnya penyokong pasukan itu. Dalam entri terbaharu Dr Zulkifli di Twitter, seorang wartawan meminta beliau menandatangan jersi Liverpool semasa membuat liputan memberi bantuan di sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli. Dalam ciapan tersebut, Dr Zulkifli menyatakan bahawa Liverpool akan tetap menjadi juara, walaupun terpaksa sabar menunggu. Liverpool yang mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) 25 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City, terpaksa menunggu sehingga liga disambung semula selepas…

Read More

Covid-19 : Situasi di Filipina, Brunei, Thailand, Indonesia

SEKURANG-kurangnya 21 doktor meninggal dunia di FILIPINA akibat Covid-19, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan. Negara itu melaporkan 177 kematian dengan 3,764 kes positif. “Kematian doktor itu selepas dijangkiti daripada pesakit yang berbohong mengenai kesihatan mereka dan tidak memaklumkan pernah terdedah kepada pesakit Covid-19,” kata presiden Persatuan Hospital Swasta, Rustico Jimenez.  Setakat ini, 740 pegawai perubatan di Filipina disahkan mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 dan kini menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari. Jimenez berkata kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk doktor dan kakitangan kesihatan lain di hospital swasta mendedahkan mereka…

Read More

Sub-kluster baharu di Rembau

PUTRAJAYA 8 April – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan sub-kluster baharu di Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia merupakan satu kluster yang melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya di beberapa lokaliti dalam daerah berkenaan iaitu Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar. Beliau berkata setakat 12 tengah hari ini, terdapat 27 orang dikenal pasti positif Covid-19, termasuk dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). “Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian Covid-19 adalah…

Read More

Maro @ duduk dUmoh 19

SEMOGA mesejnya sampai. Ketika yang berkemampuan boleh memesan makanan melalui on line atau membuat pelbagai juadah di rumah dari pagi hingga malam, ada insan yang kelaparan. Bagi yang kais pagi makan pagi hanya menunggu bantuan atau simpati orang. Nak keluar membeli, di mana wangnya. Justeru, bagi yang berada  jangan lupa kepada yang tiada. Berjimat sambil menghulurkan  bantuan kepada yang memerlukan.

Read More

Mampu beli tetapi bekalan?

ADAKAH  setiap orang akan mendapat penutup hidung dan mulut atau topeng (mask) secara percuma? Ikut perancangan, 24.62 juta keping akan diagihkan dan setiap isi rumah akan mendapat empat keping. Cukup? Diharapkan agihan itu berjalan lancar. Cuma mungkin tidak semua akan memperolehnya dan akan kedengaran suara-suara yang mendakwa mereka tercicir. Sama ada dapat atau tidak, golongan yang mampu mungkin tidak terlalu mengharapkan sumbangan ini sebaliknya bahagian mereka boleh disalurkan kepada orang yang ‘lebih memerlukan’ sama seperti orang yang mengharapkan makanan disebabkan pendapatan terjejas. Penutup hidung dan mulut serta pembasmi kuman menjadi…

Read More

3 juta tonton animasi Monsta

KUALA LUMPUR : Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) oleh syarikat pencipta animasi Monsta, yang menampilkan animasi popular gandingan BoBoiBoy dan ‘Papa Pipi’, telah meraih lebih tiga juta penonton sejak dimuat naik di saluran digital pada 19 Mac lepas . Syarikat animasi itu mengambil inisiatif melancarkan PSA selepas kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 18 Mac, yang menyebabkan penutupan sekolah serta pejabat, sebagai tindak balas terhadap penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia. Video pertama bertajuk ‘Duduk Diam-Diam! Jauhi Covid-19!’ memfokuskan kepada kepentingan ‘duduk di rumah’, manakala video kedua berjudul ‘Pesanan Khas: Perintah Kawalan Pergerakan’ menangani isu-isu yang dihadapi oleh penonton semasa PKP seperti pembelian…

Read More

Bayi baharu lahir dinamakan ‘Lockdown, Corona, Covid’

BENARLAH kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, ramai yang kreatif apabila duduk lama di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Tidak dinafikan, di mana-mana sahaja, situasinya begitu. Idea datang dalam pelbagai perkara berkaitan kehidupan yang terkurung di rumah sendiri. Maka tidak hairanlah, ada yang menamakan anak baharu mereka dengan nama-nama yang ada kaitan dengan wabak ini, antaranya Lockdown, Covid dan Corona. Tidak terkecuali di India, apabila nama-nama itu menjadi pilihan bukan sahaja dikaitkan dengan perintah berkurung dan wabak Covid-19 tetapi sebagai simbol penyatuan penduduk dunia memerangi wabak itu. Baru-baru ini,…

Read More

7,000 nasihat hari pertama arahan ‘Pemutus Litar’

HARI pertama arahan ‘Pemutus Litar’ menyaksikan lebih 7,000 nasihat bertulis diberikan kepada orang awam yang didapati melanggar langkah jarak selamat yang dikuatkuasakan mulai semalam, 7 April. Mulai hari ini tindakan lebih tegas akan diambil, mengeluarkan amaran keras yang akan membawa hukuman denda terhadap mereka yang masih berkumpul di tempat awam Bagi tujuan penguatkuasaan, dalam satu kenyataan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) mengerahkan lebih dari 2,000 Duta Jarak Selamat dan SG Clean serta Pegawai Penguatkuasaan ke kawasan perumahan HDB termasuk pasar, pusat penjaja dan kelab masyarakat. Orang awam perlu mengelakkan…

Read More