“Liverpool tetap juara“

TWEET penyokong Liverpool paling popular di negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menarik perhatian ramai khususnya penyokong pasukan itu.

Dalam entri terbaharu Dr Zulkifli di Twitter, seorang wartawan meminta beliau menandatangan jersi Liverpool semasa membuat liputan memberi bantuan di sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli.

Dalam ciapan tersebut, Dr Zulkifli menyatakan bahawa Liverpool akan tetap menjadi juara, walaupun terpaksa sabar menunggu.

Liverpool yang mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) 25 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City, terpaksa menunggu sehingga liga disambung semula selepas ia ditangguhkan akibat wabak Covid-19 di UK.

Related posts

Leave a Comment