Sub-kluster baharu di Rembau

PUTRAJAYA 8 April – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan sub-kluster baharu di Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia merupakan satu kluster yang melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya di beberapa lokaliti dalam daerah berkenaan iaitu Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.

Beliau berkata setakat 12 tengah hari ini, terdapat 27 orang dikenal pasti positif Covid-19, termasuk dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian Covid-19 adalah positif bagi beberapa guru di sebuah sekolah. 

“Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan di mana ia dihadiri kes indeks (kes ke-448) yang merupakan seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19, di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa guru dan kakitangan sekolah itu yang positif telah menjangkiti ahli keluarga mereka serta penduduk kampung sehingga menyebabkan tiga generasi jangkitan.

“Siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan jumlah kes jangkitan terbaharu daripada kluster Itali adalah seorang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 41 kes.

Beliau berkata kes jangkitan persidangan gereja di Kuching pula mencatatkan peningkatan sebanyak 24 kes; kluster tabligh sebanyak 25 kes; manakala kluster kenduri di Bandar Baru Bangi mencatatkan pertambahan dua kes, hari ini.

Mengulas mengenai 69 kes sporadik yang dikesan, beliau berkata terdapat kemungkinan kes itu mendapat jangkitan daripada komuniti.

“Kemungkinan kes-kes tersebut dijangkiti virus itu daripada komuniti. Terdapat pelbagai kluster di sini, jadi mungkin 69 kes itu mendapat jangkitan daripada komuniti,” katanya.

Menurutnya, beberapa guru dan kakitangan sekolah itu yang positif Covid-19 telah menjangkiti ahli keluarga mereka serta penduduk kampung sehingga menyebabkan tiga generasi jangkitan.

“Siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan jumlah kes jangkitan terbaharu daripada kluster Itali adalah seorang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 41 kes.

Beliau berkata kes jangkitan persidangan gereja di Kuching pula mencatatkan peningkatan sebanyak 24 kes; kluster tabligh sebanyak 25 kes; manakala kluster kenduri di Bandar Baru Bangi mencatatkan pertambahan dua kes, hari ini.

Mengulas mengenai 69 kes sporadik yang dikesan, beliau berkata terdapat kemungkinan kes itu mendapat jangkitan daripada komuniti.

“Kemungkinan kes-kes tersebut dijangkiti virus itu daripada komuniti. Terdapat pelbagai kluster di sini, jadi mungkin 69 kes itu mendapat jangkitan daripada komuniti,” katanya.

Sementara itu, dua kematian dan 156 kes baharu dilaporkan manakala 166 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 1,487 kes.

Kes kematian ke-64 (kes ke-2903) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 58 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 7 April 2020 pukul 3.20 petang.

Manakala kematian ke-65 (kes ke 1906) melibatkan lelaki warganegara Pakistan berusia 69 tahun dan mempunyai masalah kesihatan.

Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan (tabligh) di Sri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 April 2020 pukul 9.30 pagi.

Sehingga kini, jumlah kes positif meningkat kepada 4,119 kes dan 76 daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment