3 juta tonton animasi Monsta

KUALA LUMPUR : Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) oleh syarikat pencipta animasi Monsta, yang menampilkan animasi popular gandingan BoBoiBoy dan ‘Papa Pipi’, telah meraih lebih tiga juta penonton sejak dimuat naik di saluran digital pada 19 Mac lepas .

Syarikat animasi itu mengambil inisiatif melancarkan PSA selepas kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 18 Mac, yang menyebabkan penutupan sekolah serta pejabat, sebagai tindak balas terhadap penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

Video pertama bertajuk ‘Duduk Diam-Diam! Jauhi Covid-19!’ memfokuskan kepada kepentingan ‘duduk di rumah’, manakala video kedua berjudul ‘Pesanan Khas: Perintah Kawalan Pergerakan’ menangani isu-isu yang dihadapi oleh penonton semasa PKP seperti pembelian panik dan membuat pembelian barangan yang dimaklumkan.

Monsta juga mengeluarkan lagu baharu berjudul ‘Ayuh Cuci Tangan’ untuk menggalakkan anak-anak supaya sentiasa mencuci tangan dengan cara yang menyeronokkan dan menghiburkan.

“Ia telah diterima dengan baik oleh orang awam dan dikongsi di halaman media sosial rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pendidikan dan juga disiarkan di stesen TV di Malaysia, Indonesia, dan Brunei,” kata Monsta menerusi satu kenyataan hari ini.

Video PSA telah dimuat naik ke Rangkaian Youtube Monsta yang mempunyai lebih daripada 9 juta pelanggan dari 70 negara di seluruh dunia. Ia dikeluarkan dalam bahasa Melayu, dengan sari kata bahasa Inggeris. Monsta juga menterjemahkan PSA ke dalam pelbagai bahasa seperti Perancis dan Cina, untuk dikongsi dengan penonton di seluruh dunia.

PSA boleh ditonton melalui pautan berikut:

● ‘Duduk Diam-Diam! Jauhi COVID-19!’

https://www.youtube.com/watch?v=Uqct6vMOq2g

● ‘Pesanan Khas: Perintah Kawalan Pergerakan

https://www.youtube.com/watch?v=9swMY_j47YI

● ‘Ayuh Cuci Tangan’

https://www.youtube.com/watch?v=GP2lkhuw1Io 

 

Related posts

Leave a Comment