89 kes baharu di Thailand

BANGKOK 4 April  – Thailand melaporkan 89 kes baharu Covid-19 dan satu kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 2,067 dengan 20 kematian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata seorang lelaki warga Thailand berusia 72 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik merupakan kes kematian terkini yang dilaporkan di negara itu. “Daripada 2,067 kes Covid-19, 1,762 adalah warga Thailand dan 305 adalah warga asing. Covid-19 telah menular ke 64 daripada 77 wilayah di negara ini,” katanya pada taklimat harian perkembangan Covid-19, hari ini. Bangkok merekodkan kes tertinggi iaitu 980 kes diikuti…

Read More

191 kematian di Indonesia

JAKARTA 4 April  – Jumlah kematian akibat Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 191 kes, namun pelbagai pihak kini mula mempersoalkan kesahihan data rasmi pemerintah pusat itu. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, sebanyak 10 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, manakala bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 106 lagi kes baharu disahkan, menjadikan jumlah kes positif setakat ini berjumlah 2,092 kes. Achmad Yurianto menegaskan jumlah kematian dan kes positif itu, disahkan mengikut prosedur dan standard pemeriksaan yang ditetapkan. Jumlah kematian akibat…

Read More

Kes Covid-19 Brunei 135

MULAI esok, setiap orang yang tiba di Brunei Darussalam perlu menjalani proses pengasingan diri di tempat pengasingan yang disediakan oleh kerajaan, bukan lagi di rumah masing-masing. Kementerian Kesihatan Brunei (KKB) dalam siaran akhbar hari ini memaklumkan, seramai 213 orang telah dibenarkan pulang setelah menamatkan pengasingan diri di tempat pengasingan yang disediakan oleh kerajaan. Sementara itu, Brunei mencatatkan satu lagi kes baharu positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kes 135 orang. Jumlah kematian kekal seorang. Menurut KKB, kes baharu melibatkan seorang warga tempatan berusia 43 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke…

Read More

Selebriti Bollywood turut bantu

RAMAI selebriti Bollywood tampil membantu kerajaan India dan pekerja industri filem tempatan dalam menangani wabak Covid-19 di India yang telah mencatatkan hampir 3,000 kes dan meragut 77 jiwa. Mereka sama ada memberi sumbangan kepada dana kerajaan atau pekerja-pekerja industri filem yang pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini. Antara mereka yang tampil membantu termasuklah Shah Rukh Khan dan isteri Ghauri Khan,  Akshay Kumar, Sivakarthikeyan, Aishwarya Rajesh, Vijay Sethupathi, Megastar Chiranjeevi, Pawan Kalyan, Ram Charan, Mahesh Babu dan ramai lagi. Shah Rukh Khan dan isteri menawarkan bangunan pejabat empat tingkat bagi menampung…

Read More

Malaysia catat 150 kes baharu

PUTRAJAYA 4 April – Sebanyak 150 lagi kes positif  Covid-19 dicatatkan sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,483 kes, manakala empat lagi kes kematian dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu itu, 80 kes berkaitan kluster perhimpunan di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Katanya jumlah kematian setakat ini adalah 57 kes, iaitu 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.  “Kes kematian ke-54 (kes ke-2149) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Institut Jantung Negara pada 23 Mac dan beliau disahkan meninggal…

Read More

Kematian keenam di Singapura

SINGAPURA 4 April – Satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia adalah enam orang. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan pesakit berkenaan meninggal dunia pada 5.41 pagi berikutan komplikasi akibat Covid-19. “Beliau adalah seorang lelaki berumur 88 tahun yang berstatus Penduduk Tetap Singapura dan tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini ke negara-negara atau rantau terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini. MOH berkata lelaki warga emas itu disahkan dijangkiti Covid-19 pada 29 Mac dan dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) pada hari berikutnya. Lelaki itu yang dirawat di unit rawatan rapi kemudiannya…

Read More

Lantikan Hadi bukan pujuk ahli

KUALA LUMPUR 4 April  – Pelantikan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bukan bertujuan memujuk dan memenangi hati anggota parti itu, kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan. Katanya, Pas khususnya Abdul Hadi tidak pernah meminta jawatan mahupun kedudukan dalam Kerajaan. “Sebaliknya kami bersedia berkhidmat di mana jua demi menguatkan serta menjamin kestabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini. Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Ahli Parlimen Marang itu sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah…

Read More

WHO dan ‘mask’

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat menjelaskan pemakaian penutup hidung dan mulut atau topeng muka di tempat awam mungkin tidak akan menghalang individu yang sihat daripada dijangkiti koronavirus Covid-19. Namun, ia boleh menghentikan individu yang positif daripada menjangkiti orang lain. “Buktinya jelas, pemakaian topeng di tempat awam tidak semestinya akan melindungi anda.Namun jika orang yang dijangkiti memakai topeng muka di tempat awam, mereka kurang berkemungkinan untuk menjangkiti orang lain. “Ketika ini, daripada perspektif WHO, mereka yang positif harus mengasingkan diri dan kita harus pastikan mereka mengasingkan diri,” kata Dr Mike…

Read More