News Corp henti edisi cetak

KUMPULAN Media Australia, News Corp, akan menghentikan percetakan kira-kira 60 akhbar serantau, ketika industri persuratkhabaran menghadapi tamparan hebat akibat penularan wabak Covid-19.

Syarikat milik jutawan Rupert Murdoch itu menyatakan, akhbar-akhbar di negeri-negeri New South Wales, Victoria, Queensland dan Selatan Australia akan menghentikan percetakan mulai 9 April dan beralih ke edisi dalam talian.

Pengerusi Eksekutif News Corp Australasia, Michael Miller berkata, wabak

koronavirus telah menyebabkan tekanan ekonomi yang tidak dijangka dan  sedang berusaha untuk mengekalkan seberapa banyak pekerjaan yang boleh.

“Penggantungan edisi cetak kami secara amnya telah dipaksakan ke atas kami disebabkan kemerosotan pendapatan bagi pengiklanan menyusuli sekatan yang diletakkan ke atas lelongan hartanah dan pemeriksaan kediaman, penutupan  tempat-tempat acara dan restoran akibat penularan koronavirus,” tambahnya.

Banyak kumpulan media Australia telah beralih ke edisi dalam talian sebelum bermulanya pandemik.

Pengumuman ini berikutan satu siri penutupan media, termasuk agensi berita kebangsaan AAP, yang dijangka menghentikan operasi lewat tahun ini sejajar dengan trend sedunia.

Penerbit terbesar akhbar di Amerika Syarikat, Gannett, kelmarin berkata, ia menawarkan cuti dan potongan gaji ke atas pekerja mereka.

Kemerosotan pembaca dan meningkatnya Google dan Facebook sebagai pemain utama dalam bidang pengiklanan telah menjejas keuntungan organisasi berita.

Related posts

Leave a Comment