Solat jenazah ghaib di Pahang

KUANTAN 24 April –  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu melaksanakan solat jenazah ghaib susulan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi semalam..

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya dalam kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.

Turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Nahas itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter HOM-AW139 dan Fennec.

Tragedi terbabit berlaku semasa formasi penerbangan raptai lintas hormat di Pangkalan TLDM Lumut.

“Salam takziah buat waris dan ahli keluarga mereka yang terkorban,” kata kenyataan itu.

 

Related posts

Leave a Comment