News Corp henti edisi cetak

KUMPULAN Media Australia, News Corp, akan menghentikan percetakan kira-kira 60 akhbar serantau, ketika industri persuratkhabaran menghadapi tamparan hebat akibat penularan wabak Covid-19. Syarikat milik jutawan Rupert Murdoch itu menyatakan, akhbar-akhbar di negeri-negeri New South Wales, Victoria, Queensland dan Selatan Australia akan menghentikan percetakan mulai 9 April dan beralih ke edisi dalam talian. Pengerusi Eksekutif News Corp Australasia, Michael Miller berkata, wabak koronavirus telah menyebabkan tekanan ekonomi yang tidak dijangka dan  sedang berusaha untuk mengekalkan seberapa banyak pekerjaan yang boleh. “Penggantungan edisi cetak kami secara amnya telah dipaksakan ke atas kami…

Read More

BRUNEI Darussalam hari ini mencatatkan dua lagi kes positif Covid-19 menjadikan keseluruhan 131 kes. Kes ke-130 melibatkan warga tempatan berusia 39 tahun yang pulang dari Kalimantan Bike Week bersama 32 rakannya pada 16 Mac dan menjalani pengasingan diri. Beliau mengalami batuk berpanjangan dan menjalani ujian pada 30 Mac. Mangsa ke-131 pula berusia 28 tahun yang pulang dari Amerika Syarikat melalui Singapura dengan pesawat Royal Brunei BI424 (tempat duduk 28A) pada 16 Mac. Beliau mengalami sesak nafas ringan pada 21 Mac dan menjalani ujian pada 30 Mac setelah sesak nafas semakin…

Read More

142 kes positif, dua kematian

PUTRAJAYA 1 April – Sebanyak 142 lagi kes positif Covid-19 dicatatkan sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 2,908, manakala dua lagi kes kematian dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kematian setakat ini ialah 45 kes, iaitu 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Katanya seramai 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 66 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Sebanyak 108 kes lagi pesakit berjaya sembuh hari ini, menyaksikan jumlah paling tinggi yang sembuh dan keluar wad dalam sehari, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 645…

Read More

Bill Gates cadang darurat

ISYTIHAR darurat seluruh Amerika Syarikat. Itu saranan pengasas syarikat perisian terkemuka Microsoft Corporation, Bill Gates kepada kerajaan dalam usaha mengekang pandemik Covid-19. Gates dalam tulisannya di portal Washington Post berkata beliau telah berbincang dengan pakar dan dimaklumkan bahawa usaha itu tidak akan efektif jika hanya satu atau dua negeri mengeluarkan perintah berkurung manakala yang lain terus dibuka. Beliau mendakwa pendekatan mengisytihar perintah berkurung di seluruh negara amat diperlukan  kerana masih ada negeri dan negara yang tidak ditutup sepenuhnya walaupun ada desakan daripada pakar-pakar kesihatan awam. “Terdapat beberapa negeri yang mana…

Read More

Dua minggu yang sukar di AS

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua mulai hari ini, menjadi tempoh kritikal buat rakyat Malaysia dalam menentukan usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19, berjaya ataupun sebaliknya.  Semuanya bergantung  kepada tahap disiplin tinggi rakyat. Mereka perlu mematuhi PKP dalam usaha membendung gelombang pandemik itu yang berkehendakkan rakyat terus duduk di rumah, kerap membasuh tangan serta mengamalkan jarakan sosial yang ditetapkan.  Itu situasi d Malaysia. Sebaliknya di Amerika Syarikat (AS), Presiden Donald Trump memberi amaran kepada rakyat bahawa mereka akan menghadapi tempoh dua minggu yang sukar. Amaran itu selepas White House menganggarkan kemungkinan 100,000 hingga 240,000 kematian…

Read More

ANKARA  – Enam belas negara masih ‘selamat’ walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, dengan tiada tempat terkecuali. Setakat ini tiada kes disahkan di sebahagian negara Pasifik dan rantau Afrika serta Asia. Di Afrika, negara seperti Lesotho, Sudan Selatan, Yaman, Sierra Leone, Burundi, dan Malawi serta wilayah Sahara Barat belum melaporkan sebarang kes. Manakala di Asia pula negara seperti Turkmenistan, Tajikistan dan Korea Utara. Terdapat juga beberapa negara Pulau Pasifik, yang popular sebagai destinasi pelancongan ketika waktu biasa, kelihatan belum terjejas dengan virus itu, disebabkan kedudukannya yang jauh…

Read More

Haji : Tangguh persiapan

RIYADH: Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai Covid-19 diketahui. “Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah. Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat. “Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu. Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan…

Read More