BRUNEI Darussalam hari ini mencatatkan dua lagi kes positif Covid-19 menjadikan keseluruhan 131 kes.

Kes ke-130 melibatkan warga tempatan berusia 39 tahun yang pulang dari Kalimantan Bike Week bersama 32 rakannya pada 16 Mac dan menjalani pengasingan diri. Beliau mengalami batuk berpanjangan dan menjalani ujian pada 30 Mac.

Mangsa ke-131 pula berusia 28 tahun yang pulang dari Amerika Syarikat melalui Singapura dengan pesawat Royal Brunei BI424 (tempat duduk 28A) pada 16 Mac.

Beliau mengalami sesak nafas ringan pada 21 Mac dan menjalani ujian pada 30 Mac setelah sesak nafas semakin teruk.

Ketika ini 78 orang masih dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan tiga daripadanya dalam keadaan kritikal yang memerlukan bantuan mesin pernafasan.

Sementara itu dua kanak-kanak berusia 2 tahun 9 bulan dan tiga tahun juga telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Seramai 692 orang sedang menjalani kuarantin sementara 1,558 orang telah selesai menjalani kuarantin

Related posts

Leave a Comment