BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei melaporkan kematian pertama akibat COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu. Mangsa lelaki warga emas berusia 64 tahun yang pulang dari Malaysia dan Kemboja pada 4 Mac, lapor agensi berita Xinhua. Pesakit itu meninggal dunia pada Jumaat malam di Pusat Pengasingan Kebangsaan di daerah Tutong, mangsa merupakan kes Covid-19 ke-25. Satu lagi kes baharu dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 115.
Read MoreMonth: March 2020
91 kes baharu di Thailand
BANGKOK: Thailand pada Jumaat mencatat 91 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan satu kematian membabitkan seorang lelaki yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di sebuah masjid di Malaysia.menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 1,136 kes dengan lima kematian. Pegawai Daerah Sungai Kolok, Preecha Nuannoi, berkata lelaki berusia 50 tahun itu adalah antara 132 rakyat Thailand yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Kuala Lumpur bulan lepas. Keadaan kesihatannya merosot semalam. Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Kolok, Narathiwat pada 3 pagi (waktu tempatan) hari ini (Jumaat),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi. Beliau…
Read MoreCovid-19 AS lepasi 100,000
SETAKAT hari Sabtu (27 Mac), kes positif Covid-19 melepasi angka 100,000 di Amerika Syarikat mengatasi negara-negara lain termasuk China, di mana bermulanya wabak itu. Menurut data daripada Johns Hopkins University, negara Uncle Sam itu mempunyai bilangan jangkitan virus lebih 100,000 kes keseluruhan dengan pertambahan melebihi 16,000 kes dalam tempoh 24 jam. Bagaimanapun berbanding kes kematian, Itali terus mencatatkan kematian tertinggi iaitu 9,134, tiga kali ganda daripada jumlah yang direkodkan oleh China iaitu sebanyak 3,295.
Read MoreMedia Hari Ini 28.03.2020
49 kes baharu di Singapura
SINGAPURA – Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 49 kes jangkitan Covid-19 pada Jumaat (27 Mac), dengan tiga kes membentuk kelompok baru di Pusat SingPost di Eunos. Menurut satu kenyataan, sebanyak 22 kes merupakan kes jangkitan import manakala 27 adalah kes jangkitan setempat. Kes jangkitan import baru merupakan warga atau pemegang pas jangka panjang yang pulang ke sini dan mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Asean dan bahagian lain di Asia. Dalam kalangan kes jangkitan setempat baru pula, lima kes berkait dengan kelompok pusat Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots Fengshan,…
Read MorePM Britain positif
LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson hari ini meletakkan dirinya di bawah kuarantin selepas disahkan positif Covid-19. “Dalam tempoh 24 jam lalu, saya mengalami simptom awalan dan ujian mendapati positif untuk coronavirus, dengan kenaikan suhu badan dan batuk berterusan. “Saya sekarang akan mengasingkan diri tetapi terus menerajui usaha kerajaan menerusi sidang video dalam memerangi virus ini,” katanya melalui ciapan di laman Twitter. Jurucakap Downing Street (kediaman rasmi Perdana Menteri Britain) berkata Perdana Menteri menjalani ujian Covid-19 atas nasihat peribadi Ketua Pegawai Perubatan England, Prof Chris Whitty. “Ujian terbabit dilakukan di…
Read MoreAda yang kisah petrol turun?
KUALA LUMPUR : Selain solat Jumaat, hari Jumaat juga dinanti kerana akan ada pengumuman mengenai naik turun harga petrol. Tetapi sejak minggu lalu, kebanyakan orang mungkin yang tidak ambil peduli lagi kerana naik turun sama sahaja. Mereka tidak boleh bergerak jauh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Entah-entah yang diisi minggu lepas pun belum habis. Minggu ini turun lagi. Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun enam sen seliter, masing-masing kepada RM1.38 dan RM1.68 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 3 April. Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan turut memaklumkan…
Read MoreMaro @ duduk dUmoh 08
4 kematian, 130 kes baharu
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat empat lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia sebanyak 26 kes. Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Jumaat, terdapat 130 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 2,161 kes. Sehingga kini, seramai 54 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 34 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian di sini, pada Jumaat. “Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) adalah seorang lelaki…
Read MorePakej PRIHATIN RM250 bilion
KUALA LUMPUR 27 Mac – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebanyak RM250 billion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19. Jumlah itu termasuk suntikan fiskal sebanyak RM22 bilion, jaminan kerajaan sebanyak RM55 bilion dan lain-lain inisiatif yang mencakupi lebih RM153 bilion. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, yang turut merangkumi RM20 billion yang telah diumumkan sebelum ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana…
Read More