Ada yang kisah petrol turun?

KUALA LUMPUR : Selain solat Jumaat, hari Jumaat juga dinanti kerana akan ada pengumuman mengenai naik turun harga petrol.
Tetapi sejak minggu lalu, kebanyakan orang mungkin yang tidak ambil peduli lagi kerana naik turun sama sahaja. Mereka tidak boleh bergerak jauh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Entah-entah yang diisi minggu lepas pun belum habis.
Minggu ini turun lagi. Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun enam sen seliter, masing-masing kepada RM1.38 dan RM1.68 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 3 April.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak tujuh sen seliter kepada RM1.68.
“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun, ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Related posts

Leave a Comment