Covid-19 : Ambil tahu istilah

SETIAP kali sidang media berkaitan wabak Covid-19 berlangsung, terutama melibatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, sering kedengaran beliau menyebut beberapa perkataan yang sebelum ini agak jarang kedengaran. Perkataan itu termasuklah kontak, penjarakan sosial, inkubasi, isolasi, kluster dan simptom. Fahami perkataan-perkataan tersebut supaya anda lebih faham ketika mengikuti sidang akhbar berkenaan.

Read More

Dua lokasi dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR 26 Mac – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor mulai tengah malam ini hingga 9 April. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan setelah terdapat 83 kes positif jangkitan Covid-19 di Daerah Kluang, dengan 61 kes adalah dari dua kawasan itu. PKPD yang bertujuan membendung jangkitan daripada menular keluar dari kawasan tersebut melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga. Langkah ini akan membolehkan…

Read More

Malaysia catat 235 kes baharu

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 235 kes baharu dengan empat lagi kes kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 23 kes. Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Khamis, terdapat jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 2,031 kes. Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan siasatan awal, daripada 235 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 60 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling manakala baki 175 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster.…

Read More

Mangsa Covid-19 dijangka cecah setengah juta

JUMLAH kes positif Covid-19 dijangka mencecah setengah juta orang dalam tempoh beberapa hari lagi berdasarkan perangkaan terkini yang dikumpul oleh Johns Hopkins University. Ketika ini, jumlah kes yang dicatatkan adalah sebanyak 471,783 di mana China mencatat jumlah tertinggi diikuti Itali sementara Amerika Syarikat di tempat ketiga. Sehingga Khamis, jumlah kematian pula 21,000 orang. Itali dan Sepanyol mencatatkan kematian tertinggi berbanding China masing-masing 7,503 dan 3,647 manakala Amerika Syarikat melepasi 1,000 orang pada Rabu. Berikut jumlah kes yang dikumpul. * China: 81,727 * Itali: 74,386 * AS: 69,171 * Sepanyol: 49,515…

Read More

Jari juga kena duduk diam

SEMALAM, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya mengakui bukan mudah untuk kita duduk diam-diam di rumah bagi satu tempoh masa yang agak lama. Banyak cabaran yang dihadapi pada waktu ini apabila secara tiba-tiba gaya hidup berubah dalam sekelip mata. Tetapi Perdana Menteri dalam pemerhatiannya mendapati ramai yang kreatif.  Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kreatif bermaksud mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Maka, seperti kata Perdana Menteri, macam-macam kreatif dapat dilihat di facebook.  Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perdana Menteri tahu…

Read More

Kabinet potong gaji 2 bulan

KUALA LUMPUR: Kerja belum cukup sebulan tetapi Mesyuarat Kabinet yang bersidang pada hari ini  memutuskan dua bulan gaji Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong untuk disalurkan kepada Tabung Covid-19. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memberitahu, langkah itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas berikutan penularan wabak berkenaan di negara ini. Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas dan sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48. Wabak Covid-19 di Malaysia setakat tengah hari Khamis merekodkan 21 kematian dengan 1,796 kes…

Read More

Orang kaya India bantu kerajaan

SEBAIK sahaja Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung di negara itu, industri perbankan dan perkilangan mengambil inisiatif dengan menawarkan bantuan kepada kerajaan mengikut kepakaran masing-masing. Forbes dalam laporannya menyebut lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani mengumumkan pelan jangka panjang yang melibatkan ‘pencegahan, pengurangan dan sokongan secara berterusan’. Yayasan Reliance milik Ambani, dilaporkan menubuhkan kemudahan pusat saringan Covid-19 yang pertama di India dengan kelengkapan 100 katil yang mempunyai alat bantuan pernafasan (ventilator), alat pemeriksaan jantung dan mesin dialisis di Hospital Seven Hills di Mumbai. Reliance juga memberi bantuan makanan…

Read More