SETIAP kali sidang media berkaitan wabak Covid-19 berlangsung, terutama melibatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, sering kedengaran beliau menyebut beberapa perkataan yang sebelum ini agak jarang kedengaran.
Perkataan itu termasuklah kontak, penjarakan sosial, inkubasi, isolasi, kluster dan simptom. Fahami perkataan-perkataan tersebut supaya anda lebih faham ketika mengikuti sidang akhbar berkenaan.