Kabinet potong gaji 2 bulan

KUALA LUMPUR: Kerja belum cukup sebulan tetapi Mesyuarat Kabinet yang bersidang pada hari ini  memutuskan dua bulan gaji Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong untuk disalurkan kepada Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memberitahu, langkah itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas berikutan penularan wabak berkenaan di negara ini.

Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas dan sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Wabak Covid-19 di Malaysia setakat tengah hari Khamis merekodkan 21 kematian dengan 1,796 kes positif.

Related posts

Leave a Comment