Berita palsu merebak sepantas Covid-19

DULU ada diperkenalkan 3M – Menulis, Membaca, Mengira. Ada juga Kelab 3P – Pembaca, Penonton, Pendengar. Sekarang akibat ledakan teknologi, budaya membaca semakin kurang lebih-lebih lagi melibatkan bahan bercetak. Mungkin mereka membaca melalui telefon pintar.  Malangnya masih ramai yang malas membaca walaupun bahan itu ada di atas telapak tangan. Walaupun malas membaca, ramai pula yang rajin menyebar atau forward. Baru baca satu dua ayat terus forward ke grup WhatsApp. Mungkin bangga menjadi orang pertama menyampaikannya. Tidak salah menyebarkan mesej atau gambar yang baik tetapi bukan berita atau gambar yang tidak…

Read More

Malaysia catat kematian pertama

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kematian pertama apabila dua orang meninggal dunia hari ini akibat wabak Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. Mangsa pertama, adalah seorang jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling pada hujung Februari lalu. Mangsa berusia 34 tahun dan telah menghidap demam mulai 5 Mac lalu. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Mangsa kedua yang meninggal dunia akibat wabak itu, seorang paderi dari Kuching, Sarawak yang berusia 60 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik. Sementara itu, kematian paderi bernama David…

Read More

Masjid, surau di Selangor ‘tutup’ sebulan

KUALA LUMPUR:  Masjid dan surau di Selangor akan menangguhkan solat fardu berjemaah serta Jumaat sehingga 17 April sebagai sebahagian langkah menangani penularan wabak Covid-19. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memperkenankan tempoh itu yang turut melibatkan aktiviti ceramah dan kuliah agama bagi mengurangkan impak dan penularan wabak berkenaan di Selangor. Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas atas titah baginda bersama dengan Jabatan Mufti Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa Pasukan Tindakan Khas Menangani COVID-18 negeri. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir…

Read More

Jangan balik kampung

JANGAN balik kampung, kekal di kawasan masing-masing. Perintah Kawalan Pergerakan bukan peluang untuk bercuti panjang bersama keluarga walaupun di dalam negara. Jika rakyat masih bergerak bebas ke sana sini, dibimbangi langkah pencegahan yang sedang diambil menjadi sia-sia. Ahli Pasukan Petugas Covid-19 Selangor,  Prof Dr Adeeba Kamarulzaman menyarankan supaya rakyat ‘kekal’ di mana mereka berada. “Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar. Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” kata beliau dalam program Consider This di Astro AWANI 501…

Read More

Perintah kawalan pergerakan

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. 2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. 3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. 4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta. 5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara. 6. Penutupan semua premis kerajaan…

Read More

Apabila semua ‘pintu’ ditutup

KORONAVIRUS Covid-19 semakin merebak. Dulu ketika orang politik serta rakyat disibukkan dengan kuasa dan takhta, antara sedar atau tidak, virus ini sudah mula menerjah masuk . Mencari-cari ‘rumah’ mana untuk diduduki. Tidak pasti dari mana dia datang walaupun asal usulnya dikatakan dari wilayah Wuhan di China. Tidak pasti koronavirus ini masuk ‘rumah’ kita ikut pintu mana. Pintu udara melalui pesawat yang mendarat di lapangan terbang? Pintu pelabuhan melalui kapal pesiaran yang berlabuh? Ikut jalan darat melalui bas pesiaran di sempadan? Adakah kita lambat bertindak? Adakah ketika negara lain sudah bertindak…

Read More

Singapura lanjut tutup masjid

SINGAPURA: Penutupan kesemua 70 masjid di Singapura yang sepatutnya berakhir pada 17 Mac dilanjutkan lagi selama sembilan hari menjadikan penutupan keseluruhan 14 hari. Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, mengumumkan, langkah itu diambil setelah lima jemaah tabligh Singapura yang menghadiri perhimpunan tabligh di Malaysia baru-baru ini, didapati positif Covid-19. Mereka ini dilaporkan pernah berkunjung ke 10 buah masjid di serata negara ini. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), memaklumkan kemungkinan lebih banyak kes akan muncul” menerusi penularan ‘kategori kedua’ iaitu orang yang berhubung rapat dengan kelima-lima jemaah tersebut, ataupun…

Read More