Berikutan situasi terkini wabak Covid-19, semua aktiviti masjid dan surau di Negeri Sembilan ditangguhkan  selama 10 hari mulai esok sehingga 26 Mac ini.

Aktiviti itu termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat.

Dalam tempoh itu, semua surau dan masjid dinasihatkan membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan.

Mufti Negeri Sembilan, Mohd Yusof Ahmad mengeluarkan kenyataan itu hari ini selepas taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan perbincangan ahli-ahli Jawatankuasa Muzakarah Khas yang berlangsung semalam.

Related posts

Leave a Comment