Perintah Kawalan Pergerakan

PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19 Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia. Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih. Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan,…

Read More

125 kes baharu Covid-19

KUALA LUMPUR 16 Mac – Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif Covid-19 setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata 95 daripada 125 kes baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini. “Sehingga kini, sebanyak 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media berkaitan kluster itu, di sini hari ini.

Read More

Kenapa pembelian panik?

PEMBELIAN panik tidak dapat dielakkan. Di kebanyakan tempat orang ramai menyerbu pusat beli-belah membeli  barang keperluan. Kebimbangan mereka akan berlaku Lockdown di mana aktiviti terhad, seperti perintah berkurung. Ada juga yang menetapkan waktu tertentu. Hakikatnya tidak semua operasi perniagaan ditutup. Difahamkan pembelian panik bermula malam tadi apabila terdapat beberapa kenyataan yang dilihat menjurus ke arah itu. Lebih mencemaskan pula timbul laporan mengenai Kementerian Kesihatan dalam fasa pembendungan akhir dan ditambah pula ayat cadangan supaya membeli barang keperluan asas. Kemudian muncul pula kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersetuju mencadangkan penutupan…

Read More

Tangguh aktiviti masjid & surau 17 – 26 Mac

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) Setelah mendapat titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, maka saya mengumumkan bahawa: Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan berikut: a. Semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah…

Read More

Rakyat letih pergolakan politik

SHAH ALAM 16 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya dihentikan segera tohmahan mengatakan pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ atau rampasan kuasa. Titah baginda, tohmahan seumpama itu adalah tidak tepat memandangkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah diberi kuasa untuk menggunakan budi bicara seperti diperuntukkan undang-undang. “Beta sendiri mengikuti perkembangan perubahan kuasa itu yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan cukup berhati-hati selepas perundingan teliti dan terbuka diadakan. Ia juga selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga…

Read More

Berikutan situasi terkini wabak Covid-19, semua aktiviti masjid dan surau di Negeri Sembilan ditangguhkan  selama 10 hari mulai esok sehingga 26 Mac ini. Aktiviti itu termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat. Dalam tempoh itu, semua surau dan masjid dinasihatkan membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan. Mufti Negeri Sembilan, Mohd Yusof Ahmad mengeluarkan kenyataan itu hari ini selepas taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan perbincangan ahli-ahli Jawatankuasa Muzakarah Khas yang berlangsung semalam.

Read More

Apa maksud ‘lockdown’?

APA tujuan infografik lockdown ditularkan? Tindakan pihak-pihak berkenaan perlu dipandang serius kerana ia boleh mengundang rasa cemas dalam kalangan masyarakat. Tindakan seumpama itu akan mendorong orang ramai melakukan pembelian panik terutama barang keperluan. Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dengan mengesan pihak ynag mula mencetuskan penyebaran maklumat palsu ini. Walaupun ada yang mendakwa, info itu adalah saranan doktor perubatan supaya rakyat Malaysia tinggal di rumah tetapi ia menggambarkan keputusan kerajaan Malaysia. Guna pendekatan lain yang tidak mengejutkan orang awam. Penggunaan perkataan lockdown menurut Majlis Keselamatan Negara  belum sesuai  berikutan…

Read More