Apa maksud ‘lockdown’?

APA tujuan infografik lockdown ditularkan? Tindakan pihak-pihak berkenaan perlu dipandang serius kerana ia boleh mengundang rasa cemas dalam kalangan masyarakat.

Tindakan seumpama itu akan mendorong orang ramai melakukan pembelian panik terutama barang keperluan.

Diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dengan mengesan pihak ynag mula mencetuskan penyebaran maklumat palsu ini.

Walaupun ada yang mendakwa, info itu adalah saranan doktor perubatan supaya rakyat Malaysia tinggal di rumah tetapi ia menggambarkan keputusan kerajaan Malaysia. Guna pendekatan lain yang tidak mengejutkan orang awam.

Penggunaan perkataan lockdown menurut Majlis Keselamatan Negara  belum sesuai  berikutan penularan COVID-19 yang telah mencapai tahap pandemik.

Dalam satu kenyataan balas di laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan perkataan tersebut boleh mencetuskan rasa panik dalam kalangan rakyat negara ini.

Ia sekali gus menafikan dakwaan bahawa akan berlaku pelaksanaan lockdown di negara pada Isnin.

Bagaimanapun, pihak KKM menyarankan rakyat negara ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan berada di tempat awam; sebaliknya berada di rumah bermula 8 hingga 10 malam pada Isnin.

Sementara itu satu mesyuarat khas bersama Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkaitan penularan Covid-19 di negara ini akan diadakan pada Isnin.

Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba berkata, mesyuarat khas itu akan turut melibatkan Kementerian Pertahanan.

Mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan langkah seterusnya dalam menangani wabak ini selepas angka positif jangkitan Covid-19 melonjak kepada 428.

Related posts

Leave a Comment