Kabinet tanpa dua ‘nakhoda’

KUALA LUMPUR: Lazimnya Presiden parti akan menganggotai Kabinet. Tetapi kali ini, tradisi itu tidak lagi diikuti. Ini terbukti apabila dua Presiden parti yang menjadi tonggak Perikatan Nasional (PN) tidak tersenarai.

Dua nakhoda itu ialah Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Presiden Pas, Hadi Awang. Jangkaan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan akan turut menyertai Kabinet juga meleset.

Ahmad Zahid sebelum ini menawarkan diri untuk tidak disenaraikan dalam Kabinet. Berbanding Pas yang mempunyai Timbalan Presiden, kedudukan tertinggi wakil UMNO adalah Naib Presiden, iaitu Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar.

Mungkin ini salah satu langkah untuk presiden parti berkenaan memberi komitmen yang lebih bagi memperkukuhkan parti dengan fokus diberi kepada isu-isu politik untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Perlu diingat, Kabinet separuh penggal ini akan berhadapan dengan PRU tidak lama lagi dan ini memerlukan kerja-kerja politik bagi memastikan jentera parti dalam keadaan yang kukuh.

Pada masa yang sama, presiden yang berada di luar parti dapat memantau orang di bawahnya yang berjawatan supaya memikul tanggungjawab mereka dengan baik. Maknanya, tanpa jawatan dalam Kabinet, mereka lebih fokus kepada politik.

Mereka yang berjawatan di dalam Kabinet harus ingat, gerak kerja mereka sedang dipantau.

Related posts

Leave a Comment