Menteri, timbalan menteri angkat sumpah jawatan

PUTRAJAYA 10 Mac – Kesemua 31 menteri Kabinet dan 36 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini, hari ini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Majlis pada pukul 3 petang itu dimulai dengan irama lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dimainkan di Balairung Seri, di istana berkenaan. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan isteri, Noorainee Abdul…

Read More

Melepasi 4,000 kematian

BEIJING: Jumlah korban akibat Covid-19 kini melepasi 4,000 orang hari ini, apabila China terus mencatatkan kematian mangsa. Menurut AFP, angka kematian mencapai 4,011 orang dengan 110,000 kes jangkitan yang menular ke lebih 100. Wabak itu telah mengganggu perjalanan global dan memaksa pembatalan acara dari persidangan hingga kepada acara sukan. Namun, kes-kes baharu di China terus menurun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, petunjuk bahawa langkah-langkah perintah berkurung di negara itu yang belum pernah terjadi sebelumnya kelihatan berfungsi. Menurut satu laporan yang disusun oleh AFP dari sumber rasmi, semalam jumlah kes COVID-19…

Read More

Janji KM atasi catuan air

AYER KEROH: Salah satu janji Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md. Ali yang baharu mengangkat sumpah jawatan semalam, Sulaiman Md Ali, adalah untuk memberi perhatian terhadap isu catuan bekalan air. Memang isu ini mendapat perhatian penduduk yang sudah ‘letih’ dengan catuan, sekejap ada, sekejap tidak ada. Bukan sahaja rakyat tempatan tetapi juga para pelawat yang bercuti di Melaka. Baru-baru ini ketika berkunjung ke sebuah masjid untuk solat, air kolah tinggal sedikit. Terpaksa jimat. Di sebuah medan selera, nak basuh tangan pun tak ada air sedangkan kita digalakkan membasuh tangan ketika wabak…

Read More

Penularan Covid-19 berterusan

COVID-19 telah menyebabkan 3,964 kematian di seluruh dunia dengan jumlah kes 113,255 yang merangkumi 101 negara dan wilayah. Kelmarin, 4,233 kes baharu dan 173 kematian dilaporkan. China – tidak termasuk wilayah Hong Kong dan Macau – di mana wabak itu muncul pada akhir Disember lalu mempunyai 80,735 kes, di mana 3,119 maut. Kelmarin terdapat 40 jangkitan baharu dan 22 kematian dilaporkan. AFP melaporkan, di luar China, sejumlah 32,520 kes telah direkodkan di seluruh dunia sejak wabak itu bermula, termasuk 845 kematian. Jumlah kes baharu adalah 4,193, dengan 151 kematian. Negara…

Read More

Kabinet tanpa dua ‘nakhoda’

KUALA LUMPUR: Lazimnya Presiden parti akan menganggotai Kabinet. Tetapi kali ini, tradisi itu tidak lagi diikuti. Ini terbukti apabila dua Presiden parti yang menjadi tonggak Perikatan Nasional (PN) tidak tersenarai. Dua nakhoda itu ialah Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Presiden Pas, Hadi Awang. Jangkaan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan akan turut menyertai Kabinet juga meleset. Ahmad Zahid sebelum ini menawarkan diri untuk tidak disenaraikan dalam Kabinet. Berbanding Pas yang mempunyai Timbalan Presiden, kedudukan tertinggi wakil UMNO adalah Naib Presiden, iaitu Ismail Sabri Yaakob. Timbalan Presiden Pas, Tuan…

Read More

‘Bantu saya, doakan saya’

Babak Pertama, Episod Baharu⁣ ⁣ Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣ ⁣ Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.⁣ ⁣ Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: ⁣ ⁣ ‎لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ ،…

Read More

Qatif, sekolah, universiti ditutup

RIYADH: Setelah Makkah dan Madinah ‘ditutup’ bagi umrah dan ziarah, kerajaan Arab Saudi mengumumkan penutupan sementara Qatif, wilayah pengeluaran minyak terletak di timur negara itu, selepas 11 kes positif Covid-19 dikesan di kawasan terbabit. Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun memberitahu, penutupan itu tidak akan menjejaskan pengeluaran minyak negara berkenaan. Pada masa yang sama, kerajaan turut mengeluarkan arahan menutup sekolah dan universiti untuk satu tempoh sehingga arahan susulan dikeluarkan. Menteri Pendidikan, Hamad Al-Sheikh mengarahkan sesi pembelajaran diadakan secara jarak jauh sepanjang penutupan itu. Sebelum ini, Arab Saudi mengeluarkan arahan sekatan perjalanan ke…

Read More