Melepasi 4,000 kematian

BEIJING: Jumlah korban akibat Covid-19 kini melepasi 4,000 orang hari ini, apabila China terus mencatatkan kematian mangsa.

Menurut AFP, angka kematian mencapai 4,011 orang dengan 110,000 kes jangkitan yang menular ke lebih 100.

Wabak itu telah mengganggu perjalanan global dan memaksa pembatalan acara dari persidangan hingga kepada acara sukan.

Namun, kes-kes baharu di China terus menurun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, petunjuk bahawa langkah-langkah perintah berkurung di negara itu yang belum pernah terjadi sebelumnya kelihatan berfungsi.

Menurut satu laporan yang disusun oleh AFP dari sumber rasmi, semalam jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia mencecah 113,255 kes, termasuk 3,964 kematian, merangkumi 101 negara dan wilayah.

Related posts

Leave a Comment