Britain gesa rakyatnya tinggalkan Lubnan

LONDON: Britain memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka bertambah buruk dalam masa singkat dan menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu.

Setiausaha Luar, David Lammy memberitahu Parlimen, berlaku tembakan balas artileri dan serangan udara yang kerap, ketegangan turut meningkat dan dijangka bertambah buruk dalam masa terdekat.

“Saya bekerjasama dengan pasukan konsulat pejabat asing untuk memastikan kami bersedia dalam semua senario, tetapi jika konflik semakin tegang, kerajaan tidak dapat memberi jaminan untuk memindahkan warga kita dengan segera.

“Mereka mungkin terpaksa berlindung di tempat yang dirasakan selamat,” kata Lammy.

Lammy turut memberitahu, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindak Balas Kecemasan Kerajaan, dikenali sebagai COBRA, mengenai perkara itu.

“Mesej saya kepada warga Britain di Lubnan ringkas sahaja, tinggalkan (Lubnan),” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment