Warung Pak Hussain

JIKA inginkan makanan dulu-dulu pada waktu pagi bolehlah singgah di Warung Pak Hussain, Bandar Puteri, Kajang. Mudah sahaja lokasinya, tidak jauh dari Plaza Tol Putra Mahkota. Nama saja warung tapi sebenarnya restoran.

Ada menu The Best of Muo seperti sate ayam, sate daging, ketupat lodeh, soto ayam, mee bandung, mee rebus, laksa Johor. Manakala Kak Patty Old Time Fav pula menyediakan lempeng kelapa, ubi rebus, jejemput ikan bilis dan penaram udang.

Di sini seperti biasa ada juga nasi lemak. Itu makanan wajib orang kita semasa menyorok. Tidak ketinggalan mihun dan kuih.

Saya menyorok dengan kuih lopez dan lempeng kelapa cicah sambal. Pekena pula dengan kopi 434.Bagi yang melintasi kawasan ini atau tinggal di kawasan berkenaan bolehlah singgah. Untuk maklumat lanjut kunjungi facebook Warung Pak Hussain Muar Cuisine.

NOTA : Selepas PKP tiada lagi bisnes ini

Related posts

Leave a Comment