Kematian di Itali, kes pertama Covid-19 di Israel

SEBANYAK 397 kes baharu jangkitan koronavirus Covid-19 disahkan di tanah besar China pada Jumaat menjadikan jumlah kes sebanyak 76,288.

Suruhanjaya Kesihatan China Kebangsaan melaporkan, sebanyak 109 kematian direkodkan pada hari yang sama menjadikan jumlah 2,345 orang.

Sementara itu, kebimbangan baharu tercetus apabila bekas pesakit Covid-19 di China disahkan positif virus itu 10 hari selepas dibenarkan meninggalkan hospital.

Di Itali, seorang lelaki berusia 78 tahun menjadi mangsa pertama jangkitan Covid-19 di negara itu. Warga emas itu yang bekerja sebagai buruh kasar dilaporkan meninggal dunia di Padua.

Sementara itu Korea Selatan melaporkan 142 lagi kes positif menjadikan jumlah semasa jangkitan di negara itu kepada 346.

Emiriyah Arab Bersatu juga mengesahkan dua kes baharu  menjadikan jumlah semasa jangkitan sebanyak 11.

Kes dikesan pada pesakit warga Filipina berusia 34 tahun dan warga Bangladesh berusia 39 tahun yang mempunyai kontak dengan seorang pesakit warga China.

Kedua-dua mereka dilapor berada dalam keadaan stabil.

Israel pula mengesahkan kes jangkitan pertama melibatkan warganya yang

merupakan penumpang Diamond Princesss yang pulang sehari sebelum arahan kuarantin dikeluarkan di kapal persiaran mewah itu.

Wanita itu dilapor tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan buat masa ini.

Related posts

Leave a Comment