Ashraf Sinclair meninggal dunia

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PELAKON Ashraf Sinclair, suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi di Rumah Sakit MMC Kuningan, Jakarta Selatan.

Berita kematian Ashraf dimaklumkan oleh Doddy, pengurus Bunga Citra Lestari atau BCL kepada portal Kompas.com menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut Doddy, Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, 40, meninggal dunia akibat sakit jantung.

Ashraf yang bernikah dengan BCL pada 8 November 2008 mempunyai seorang anak, Noah yang kini berusia 10 tahun.

Arwah yang terkenal sebagai watak Eddy dalam filem Gol & Gincu itu selepas bernikah dengan BCL terus menetap di Jakarta dan mencipta nama sebagai pelakon di sana.

Antara drama lakonan Ashraf yang popular di sana adalah Cinta dan Anugerah, lakonannya bersama Nabila Syakieb.

BebasNews.

Related posts

Leave a Comment