Pengarah hospital meninggal akibat Covid-19

BEIJING: Pengarah sebuah hospital di Wuhan, lokasi bermulanya wabak Covid-19 (Coronavirus) meninggal dunia pagi ini akibat jangkitan virus tersebut.

Liu Zhiming, pengarah Hospital Wuchang yang terletak di Yangyuan Street, meninggal dunia pukul 10.30 pagi ini.

Hospital ini adalah di antara tujuh buah hospital yang dikhususkna untuk menempatkan pesakit wabak ini.

Sebelum ini, Dr Li Wenliang, doktor di Wuhan yang memberi amaran tentang kewujudan koronavirus baharu (2019-nCoV) juga meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut.

Laporan sebelum ini juga menyebut, sebanyak 1,716 pekerja kesihatan menerima kesan akibat virus itu di mana enam daripada mereka meninggal dunia..

Sementara itu di KUALA LUMPUR, dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebook rasmi miliknya berkata, dua lagi rakyat Malaysia masih menunggu keputusan ujian Covid-19. 

“Kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin, mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan.

Semalam, media melaporkan sehingga kini, sebanyak 455 penumpang kapal itu disahkan positif Covid-19. 

Related posts

Leave a Comment