Pengarah hospital meninggal akibat Covid-19

BEIJING: Pengarah sebuah hospital di Wuhan, lokasi bermulanya wabak Covid-19 (Coronavirus) meninggal dunia pagi ini akibat jangkitan virus tersebut. Liu Zhiming, pengarah Hospital Wuchang yang terletak di Yangyuan Street, meninggal dunia pukul 10.30 pagi ini. Hospital ini adalah di antara tujuh buah hospital yang dikhususkna untuk menempatkan pesakit wabak ini. Sebelum ini, Dr Li Wenliang, doktor di Wuhan yang memberi amaran tentang kewujudan koronavirus baharu (2019-nCoV) juga meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut. Laporan sebelum ini juga menyebut, sebanyak 1,716 pekerja kesihatan menerima kesan akibat virus itu di mana enam daripada…

Read More

Ashraf Sinclair meninggal dunia

Oleh KHADIJAH IBRAHIM PELAKON Ashraf Sinclair, suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi di Rumah Sakit MMC Kuningan, Jakarta Selatan. Berita kematian Ashraf dimaklumkan oleh Doddy, pengurus Bunga Citra Lestari atau BCL kepada portal Kompas.com menerusi aplikasi WhatsApp. Menurut Doddy, Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, 40, meninggal dunia akibat sakit jantung. Ashraf yang bernikah dengan BCL pada 8 November 2008 mempunyai seorang anak, Noah yang kini berusia 10 tahun. Arwah yang terkenal sebagai watak Eddy dalam filem Gol & Gincu…

Read More

Covid-19 ragut 1,800 jiwa

SEMBILAN puluh tiga orang lagi meninggal dunia akibat Covid-19 di wilayah  Hubei, China menjadikan jumlah kematian di negara itu hari ini (18 Februari 2020)  melebihi 1,800 orang . Menurut pihak berkuasa kesihatan Hubei, sebanyak 1,807 kes baharu dilaporkan, menurun sedikit berbanding sebelumnya. Laporan the_wuhan_virus menunjukkan setakat pagi ini, secara keseluruhan angka kematian adalah 1,873 manakala jumlah kes sebanyak 73,331. Sementara itu, Thailand melarang penumpang rakyat asing kapal persiaran MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja minggu lalu memasuki negara itu selepas seorang rakyat Amerika diuji positif bagi Covid-19 di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri merangkap…

Read More