Covid-19 ragut 1,800 jiwa

SEMBILAN puluh tiga orang lagi meninggal dunia akibat Covid-19 di wilayah  Hubei, China menjadikan jumlah kematian di negara itu hari ini (18 Februari 2020)  melebihi 1,800 orang .

Menurut pihak berkuasa kesihatan Hubei, sebanyak 1,807 kes baharu dilaporkan, menurun sedikit berbanding sebelumnya.

Laporan the_wuhan_virus menunjukkan setakat pagi ini, secara keseluruhan angka kematian adalah 1,873 manakala jumlah kes sebanyak 73,331.

Sementara itu, Thailand melarang penumpang rakyat asing kapal persiaran MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja minggu lalu memasuki negara itu selepas seorang rakyat Amerika diuji positif bagi Covid-19 di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata penumpang juga tidak dibenarkan mengambil penerbangan transit di negara itu sehinggalah tempoh inkubasi 14 hari mulai 14 Februari berakhir. 

Related posts

Leave a Comment