Virus berita palsu ada di mana-mana

VIRUS berita palsu juga melanda warga Indonesia berikutan penularan wabak Koronavirus. Walaupun Indonesia belum merekodkan sebarang kes, isu ini turut mendapat perhatian. Seperti di Malaysia, video lawatan Presiden China Xi Jinping pada 2016 ‘dikemaskini’  dengan menyatakan presiden itu memohon umat Islam berdoa bagi menghindarkan wabak Koronavirus. Di Malaysia, video itu juga tular dan mendapat perhatian netizen yang turut menyebar luas tanpa usul periksa.. Jawa Pos dalam laporannya turut mengulas mengenai berita palsu itu. Sebenarnya video berdurasi satu minit itu pernah disiarkan tv China CCTV dan akaun rasmi mereka di YouTube…

Read More

910 sudah jadi korban

KEMATIAN akibat wabak Koronavirus di China terus meningkat apabila 91 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 910 orang termasuk dua di luar China. Jumlah kes pula kini 40,614. Dua kematian di luar China adalah di Filipina dan Hong Kong. Berdasarkan angka yang dilaporkan akhbar Shanghai Daily hari ini, penambahan kematian itu dianggap mendadak, jika dibandingkan sehingga semalam 813 orang maut. Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang lelaki yang pulang ke Banting, Selangor dari Macau, China positif novel koronavirus. Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam…

Read More

Janji mulut banyak susahnya

  Bagaimana saya nak mandi,      Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji,      Janji yang besar belum ditunai Bunga ros dalam pasu,      Mari tudung dengan kain, Janji tuan janji palsu,      Janji sudah berubah lain. DUA rangkap pantun empat kerat berkaitan janji, petikan Kurik Kundi Merah Saga. Beberapa hari ini, banyak yang memperkatakan tentang janji. Pelbagai ulasan diberi mengenai janji. Bukan janji manifesto sebelum Pilihan Raya Umum  Ke-14 (PRU14) tetapi janji sebelum dan selepas PRU14. Janjinya adalah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM)…

Read More

Abam Bocey meninggal dunia

  PELAWAK Abam dari kumpulan Bocey, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira pukul 8.30 pagi hari ini (10 Februari 2020) akibat demam panas. Berita mengejutkan itu dimaklumkan oleh adik Abam, Ali Puteh kepada sebuah portal hiburan, sebentar tadi. Menurut Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, kakak iparnya, Siti Nur Hidayah Mohamad Ali, telah menghubunginya dan memberitahu yang Abam tidak sedarkan diri. “Bila mendapat panggilan telefon daripada kakak ipar, saya bergegas ke kediaman mereka dan waktu saya sampai, ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya sebak. Sementara itu,…

Read More

Telur di atas roti di bawah

BIASANYA kalau di kedai mamak, pagi-pagi pilihan untuk menyorok adalah roti canai. Macam-macam ada dalam keluarga roti canai ini. Ada roti telur, roti pisang, roti sardin. Roti telur biasanya telur dipecahkan dan telur disekalikan dengan roti. Tetapi ada juga roti telur mata. Ini disebut roti telur di atas. Roti di bawah telur di atas. Kuah pula dimasukkan sekali dalam pinggan. Macam roti canai banjir. Okey lah, roti sebiji telur sebiji untuk menyorok. Saya mencubanya di gerai 48 Kadir Roti Canai di Pasar Seberang Jaya. Angka 48 tu bukan nombor  Jom…

Read More

‘Virus’ berita palsu bawa mudarat

SERANGAN wabak Koronavirus bukan sekadar merisaukan penduduk dunia tetapi juga diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan berita palsu atau berita tidak benar. Kreativiti mereka mengolah ‘peristiwa’ menjadikan ‘cerita’ yang palsu atau berbentuk andaian dan ramalan sebagai benar. Apakah tujuan mereka? Gurauan? Mungkin ada juga yang berniat baik tetapi apabila tersalah fakta, tersalah maklumat, ditambah pula khalayak penerima yang malas menyelidik, menyebabkan ramai yang terperangkap. Mereka turut menjadi penyebar.  Akhirnya timbul rasa panik dalam kalangan masyarakat. Di negara kita, kerajaan telah memgambil tindakan tegas untuk membendung tindak tanduk ini yang…

Read More