Virus berita palsu ada di mana-mana

VIRUS berita palsu juga melanda warga Indonesia berikutan penularan wabak Koronavirus. Walaupun Indonesia belum merekodkan sebarang kes, isu ini turut mendapat perhatian.

Seperti di Malaysia, video lawatan Presiden China Xi Jinping pada 2016 ‘dikemaskini’  dengan menyatakan presiden itu memohon umat Islam berdoa bagi menghindarkan wabak Koronavirus.

Di Malaysia, video itu juga tular dan mendapat perhatian netizen yang turut menyebar luas tanpa usul periksa..

Jawa Pos dalam laporannya turut mengulas mengenai berita palsu itu.

Sebenarnya video berdurasi satu minit itu pernah disiarkan tv China CCTV dan akaun rasmi mereka di YouTube pada 20 Julai 2016.

Video berjudul “Chinese President Visits Big Mosque in Northwest China (Presiden China Kunjungi Masjid Besar di Baratlaut China)” dan dilihat oleh lebih dari 1.9 juta pengakses.

Menurut keterangan YouTube: “Presiden China Xi Jinping melakukan kunjungan khusus ke Masjid Xincheng di Kota Yichuan ketika melawat Kawasan Otonom Ningxia Hui, barat laut China.”

Related posts

Leave a Comment