Kematian cecah 800

LEBIH 80 orang lagi menjadi korban Koronavirus menjadikan jumlah setakat ini mencecah 806 orang termasuk dua di luar China.

Jumlah kes juga menunjukkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak   37,111.

Beberapa negara yang mencatatkan kes baharu adalah Singapura sebanyak tujuh kes, menjadikan jumlahnya kini 40.

Lima daripada jumlah berkenaan mempunyai kaitan dengan kes-kes yang diumumkan sebelum ini.

Di Perancis, lima lagi kes baharu disahkan positif, menjadikan jumlah terkini jangkitan 11 di negara itu.Kesemua kes baharu ini melibatkan warga British, salah seorangnya kanak-kanak.

Sementara itu, seorang warga emas berusia 91 tahun dilaporkan sembuh daripada jangkitan koronavirus semalam, sekali gus menjadikan dia sebagai individu paling tua dibenarkan keluar daripada hospital selepas disahkan bebas wabak itu.

“Penyakit itu tidak begitu teruk. Saya seperti dibayangi pengalaman ketika melalui zaman perang sebelum ini,” kata lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Wang yang menyertai peperangan ketika mahu membebaskan bandar Yichang pada 1949.

GRAFIK SHANGHAI DAILY SETAKAT 7 FEBRUARI 2020

Related posts

Leave a Comment