BANGKOK 9 Feb. – Selepas bersembunyi selama 17 jam, akhirnya anggota tentera Thailand yang mengamuk dan melepaskan tembakan rambang semalam ditembak mati di sebuah pusat membeli-belah di Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand. Komander Pusat Perintah Tentera Darat Wilayah Kedua Leftenan Jeneral Thanya Kriatisarn berkata, Jakrapanth Thomma yang berusia 32 tahun ditembak oleh pasukan keselamatan kira-kira pukul 9 pagi ini. Dalam kejadian tembakan rambang itu, sebanyak 26 orang terbunuh dan 57 lagi cedera. Motif di sebalik serangan itu dipercayai akibat dendam berkaitan satu perjanjian tanah dan suspek percaya bahawa dia telah…
Read MoreDay: February 9, 2020
Kematian cecah 800
LEBIH 80 orang lagi menjadi korban Koronavirus menjadikan jumlah setakat ini mencecah 806 orang termasuk dua di luar China. Jumlah kes juga menunjukkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 37,111. Beberapa negara yang mencatatkan kes baharu adalah Singapura sebanyak tujuh kes, menjadikan jumlahnya kini 40. Lima daripada jumlah berkenaan mempunyai kaitan dengan kes-kes yang diumumkan sebelum ini. Di Perancis, lima lagi kes baharu disahkan positif, menjadikan jumlah terkini jangkitan 11 di negara itu.Kesemua kes baharu ini melibatkan warga British, salah seorangnya kanak-kanak. Sementara itu, seorang warga emas berusia 91 tahun…
Read More