Nasi lemuni

DI Kuala Lumpur jarang jumpa nasi lemuni. Maka jika turun Pulau Pinang terutama Seberang Jaya, kalau nak menyorok pagi bolehlah cari nasi lemuni. Suatu masa dulu, arwah emak selalu buat nasi lemuni. Memanfaatkan pokok lemuni di tepi rumah. Macam nasi ulam yang diadun pelbagai daun tetapi nasi lemuni diadun hanya dengan daun lemuni. Semakin banyak daun lemuni maka semakin terasa ‘kelemuniannya’ . Di Seberang Jaya, lokasi yang ada jual nasi lemuni ini adalah di Gerai Sharifah,  Pasar Awam Jalan Todak.  Ada yang dah dibungkus macam nasi lemak untuk dibawa pulang. Nasi lemuni ini sesuai dimakan dengan sambal tumis sotong kering atau ikan masin. Dulu pernah jumpa di hotel dekat Bukit Jambul, nasi lemuni bungkus daun pisang dengan lauk masak kurma ayam (kalau tak silap) serta telur rebus.

..

Related posts

Leave a Comment