Ambillah dos penggalak Covid-19

PUTRAJAYA 15 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan orang ramai yang mendapat janji temu pemberian dos penggalak Covid-19 untuk hadir dan menerima suntikan tersebut..

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, melalui ciapan di Twitter, berkata ini susulan kadar keberkesanan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan.

Pada masa yang sama, pemberian dos penggalak Covid-19 juga adalah strategi perlindungan yang penting terutama apabila pembukaan sektor ekonomi dan sosial dibenarkan.

Katanya, pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara antaranya Chile di mana dos penggalak Pfizer diberikan kepada penerima Sinovac dan keberkesanan mencapai sehingga 95 peratus

Ketika ini, Pfizer diluluskan sebagai dos penggalak untuk penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.

KKM juga kini sedang menilai kombinasi keberkesanan beberapa vaksin lain untuk keselamatan dan akan mengumumkannya tidak lama lagi.

Related posts

Leave a Comment