Rampasan Op Sutra cecah RM8.73 juta

SEPANG 22 April  – Nilai keseluruhan rampasan aset melalui Op Sutra membabitkan tiga individu termasuk timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan negeri (NGO) yang menyeleweng dana sumbangan setakat ini mencecah RM8.73 juta.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui laman TikTok rasmi mendedahkan 18 kenderaan membabitkan lapan jenama disita setakat ini, dengan nilai keseluruhan RM7.36 juta dan paling mahal membabitkan Range Rover bernilai RM1.2 juta.

Bagi 17 lagi membabitkan dua Mercedes-Benz, masing-masing tiga jenama Porsche, Honda dan Toyota, empat jenama Lexus serta masing-masing satu jenis Proton dan SM Sports.

Berikut senarai aset yang dirampas SPRM setakat pukul 8 malam ini:

1. WANG TUNAI – Jumlah: RM146,678.45

Duit tunai – RM39,700

* Duit tunai (AS$700) – RM2,767.45

* Wang tunai – RM10,000

* Wang tunai – RM94,211

2. BARANGAN EMAS – Jumlah: RM823,497

* 6 gold bar – RM371,100

* 12 gelang tangan – RM215,611

* 5 rantai leher – RM40,845

* 9 cincin 36.66g – RM22,239

* 1 loket emas 4.20g – RM2,547

* 1 gelang tangan 33.91g – RM10,600

* 1 rantai leher 43.89g – RM15,760

* 1 gelang tangan 6.53g – RM3,961

* 1 rantai leher 30.83g – RM18,700

* 10 cincin 54.52g – RM33,074

* 6 rantai tangan 146.81g – RM89,060

3. JAM TANGAN – Jumlah: RM371,000

* 1 x Tag Heuer – RM11,000

* 1 x Rolex – RM50,000

* 3 x Cartier 3 – RM120,000

* 1 xRolex – RM190,000

4. KENDERAAN – Jumlah: RM7,364,366.05

* Mercedes-Benz S560E – RM588,122.75

* Range Rover – RM1,250,000

* Porsche 911 Turbo S – RM638,000

* Lexus RX500H F Sport – RM508,888

* Lexus RX 350 Luxury – RM468,888

* SM Sport 110E – RM3,000

* Lexus RX 300 – RM230,000

* Mercedes-Benz S560E – RM658,888

* Honda Civic Type R – RM399,900

* Porsche Macan Turbo Electric – RM635,000

* Porsche Macan – RM430,000

* Honda HR-V 1.5T V – RM130,900

* Toyota GR Yaris RZ – RM315,600

* Honda CR-V 2.0 eHEV RS – RM178,200

* Toyota Alphard – RM250,940

* Lexus RX 300 – RM392,639.30

* Proton X50 – RM115,600

* Toyota Vellfire – RM169,800

5. BEG TANGAN & BARANGAN LAIN – Jumlah: RM20,740.00

* 2 x Coach – RM6,550.00

* Ferragamo dan tali pinggang – RM14,190

 

Related posts

Leave a Comment