Kematian meningkat

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Jumlah kematian akibat koronavirus di China meningkat sebanyak 37 kes menjadikan jumlah kematian kini mencecah 170 orang setakat ini.

Suruhanjaya Kesihatan di Wilayah Hubei, China pada Khamis mengesahkan setakat ini sebanyak 7,816 (sehingga 12 tengah hari) kes telah dikesan.

Di Hubei, sebanyak 1,032 lagi kes baharu telah disahkan  menjadikan jumlah tersebut melonjak hingga 4,586 kes. Jumlah negara yang terkesan dengan virus ini adalah 20.

Sementara itu, di Geneva, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  berkata, pihaknya akan berbincang dengan pakar-pakar pada Khamis (hari ini) untuk menentukan sama ada penularan novel koronavirussudah sampai ke tahap kecemasan kesihatan global.

Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang melawat China minggu ini dan bertemu dengan Presiden Xi Jinping, berkata mesyuarat bersama Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa itu sangat perlu diadakan susulan trend jangkitan virus di luar negara China.

“Saya membuat keputusan untuk bermesyuarat bersama Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa berkaitan koronavirus baharu (2019-nCoV) esok (Khamis),” katanya.

Related posts

Leave a Comment