BEIJING — Jumlah kes novel koronavirus yang disahkan di China mencecah 5,974 dengan kematian meningkat 132 orang.
Agensi berita Sputnik melaporkan, sehari sebelum itu, terdapat 4,515 kes koronavirus yang disahkan dan 106 kematian.
Pihak berkuasa kesihatan melaporkan falam tempoh 24 jam lalu, 1,459 kes baharu dengan 26 kematian dicatatkan di mana 25 di wilayah Hubei.
Pada tengah malam 28 Januari (16:00 GMT), kira-kira 5,974 kes yang disahkan dilaporkan membabitkan 59 wilayah, seramai 1,239 pesakit berada dalam keadaan kritikal, 132 meninggal dunia manakala 103 orang dibenarkan keluar hospital.
Kes jangkitan turut berlaku di wilayah pentadbiran khas China di Hong Kong iaitu sebanyak lapan kes, Macau (tujuh) dan Taiwan (lapan).
Di samping itu sebanyak 6,973 kes disyaki dan 59,990 orang lagi berada di bawah pemantauan.
Virus baharu itu mula dikesan di bandar Wuhan China pada akhir Disember. Pada Isnin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan tahap risiko global daripada “sederhana” kepada “tinggi”.