Kes positif tertinggi harian

PUTRAJAYA 31 Dis. – Menutup tirai tahun 2020, kes baharu Covid-19 melonjak kepada 2,525 kes, angka tertinggi sejak setahun pandemik itu melanda negara menjadikan jumlah keseluruhan 113,010 kes.

Sebanyak lapan kematian dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 471 orang sementara jumlah kes aktif pula adalah 23,598 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tempatan adalah 2,525 manakala 13 lagi kes import.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 1,481 kes, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya adalah 88,941 kes.

Setakat ini terdapat 131 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)  dengan 60 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala bagi kes kematian ia melibatkan lima lelaki dan tiga wanita warganegara yang berusia 39 hingga 79 tahun di Johor, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah.

 

Related posts

Leave a Comment