140 kes baharu di Arab Saudi

Sementara itu di RIYADH  Kementerian Kesihatan Arab Saudi merekodkan 140 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 362,741 kes.

Bagi tempoh 24 jam itu juga, sembilan lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 6,223 kematian.

Sebanyak 171 kes pulih dilaporkan dan perkembangan ini membantu menambah jumlah pesakit sembuh sebanyak 353,853, atau 97.54 peratus.

Riyadh merupakan daerah yang merekodkan kes tertinggi iaitu 55 kes diikuti Makkah  31 dan Timur 21 kes.

Kes aktif pula adalah sebanyak 2,665 di mana 368 adalah kritikal.

Related posts

Leave a Comment